WARGA EMAS LAKUKAN AMANG SEKSUAL DITAHAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@syamilah salleh

LAHAD DATU (11 JUN): Seorang warga emas ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual kepada kanak-kanak perempuan di kawasan perumahan Ladang Kunawai di sini kelmarin.

Suspek seorang lelaki berusia 62 tahun didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang berusia 14 tahun kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berada di belakang rumah.

Mangsa dipercayai pengsan dan apabila sedar, mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan di atas badannya sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Bertindak atas laporan yang dibuat oleh ibu saudara mangsa, pihak polis berjaya menahan suspek yang dikenali oleh mangsa.

Siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, mengesahkan tangkapan tersebut dan menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan keadilan kepada mangsa serta tindakan undang-undang diambil terhadap suspek.

TAMAT

Share This Article