SH@ Aleeya Villiamon
BEAUFORT (1 JUN): Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) yakin mengekalkan kerusi Klias pada pilihan raya akan datang.
Ketua Bahagian Gagasan Klias Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata Gagasan yakin akan memenangi kerusi DUN Klias.
Beliau juga menegaskan bahawa Gagasan Klias turut menumpukan kepada Parlimen Beaufort.
“Saya akan bertanding untuk DUN Klias tetapi kita juga akan meminta untuk Parlimen Beaufort …tiada kompromi,” katanya.
Dalam pada itu Isnin berkata semua jentera sudah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
” Jantera sudah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya yang bila-bila masa diadakan,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung Gagasan Klias di sini kelmarin.
Beliau berkata Gagasan Klias ketika ini mempunyai 7,000 keahlian daripada 91 cawangan.
Katanya Gagasan Klias akan sentiasa berusaha untuk menambah bilangan keahlian yang sedia ada.
“Ketika ini, pada mesyuarat ini seramai 1,600 ahli hadir daripada bahagian, wanita, pemuda dan beliawanis,” katanya lagi.
Mengenai soalan lain, Isnin berkata sokongan yang diberikan oleh generasi muda amat membanggakan.
Katanya generasi muda memberikan sokongan kepada Kerajaan GRS kerana “hanya Kerajaan GRS yang memberikan bantuan terus kepada mereka seperti dalam bidang pendidikan ” katanya lagi.
Tamat
