SH @editor
Sabah Headlines mengadakan wawancara dengan salah seorang bakal calon bagi Parti Impian Sabah.
Berikut wawancara tersebut:
Sabah Headlines: Boleh tuan perkenalkan diri tuan?
Jeffrey Chung: Saya berasal dari Sandakan anak pertama dari empat orang adik beradik. Sekolah rendah Chi Wha. Menengah di SMK Elopura. Terus sambung belajar ke Semananjung mengambil Diploma jurusan Automotiv Engenering di Federal Institusi Teknologi Kolej. Sudah berkahwin dan 3 orang anak. Seorang ahli perniagaan. “Saya bekerja makan gaji atau mengurus perniagaan keluarga”. Saya memilih mengurus perniagaan keluarga dan kembali ke Sabah.
SH: Boleh ceritakan bagaimana timbul minat tuan dalam politik?
JC: Pada permulaannya saya tumpukan kepada peniagaan. Pada tahun 2018, golombang perubahan orang Sabah kuat. Ketika itu memerintah parti Warisan. Saya sampaikan harapan di mana saya berharap YB dapat membawa perubahan di kawasan Elopura. Saya tidak pernah mengikuti mana-mana parti.
Saya bukan tidak minat,cuma tidak ingin menceburinya. Waktu PKP di situlah di mana pergerakan kita slow. Ibu saya salah satu pengasas parti. Pada mulanya mereka berjalan membuat perlembagaan. Saya mendengar dan memahami politik.
SH: Lanjutkan cerita penglibatan dalam politik khususnya dalam PIS
JC: Pengalibatan politik masa itu. Saya menerima jawatan 2024 Mei hingga hari ini. Ketika PKP itu, saya banyak membuat kerja-kerja lapangan kerana sektor perniagaan slow. Maka dari itu, saya melihat, mendengar dan memahami peranan politik. Adakah politik mampu merubah keadaan sesebuah bandar atau kawasan yang diwakili. Ya. Sebab itu, saya terpanggil untuk menyertai politik. Ingin tahu lebih mendalam mengenai MA63. Saya membaca semua perlembagaan. Saya mengikuti kursus yang berkaitan perlembagaan melalui MA63. Maka tercetus minat dalam politik.
SH: Bagaimana timbul minat sertai PIS?
JC: Saya nampak dasar presiden Parti Impian Sabah Micheal Alok. Dasar itu tiada di parti lain. Dia menghadkan jawatan dua panggal. Orang muda akan ada peluang untuk duduk. Orang muda tiada peluang untuk melibatkan diri. Semua jawatan. Semua ahli ada hak. Pada awalnya saya agak selesa dengan pengarah sebagai peniaga. Apabila keluar dari zon keselesaan akhirnya tidak sama dengan itu. Dimana purata pengaruh kita 80 peratus adalah peraturan dan 20 peratus adalah budi bicara. Sementara dalam politik 80 peratus budi bicara dan 20 peratus peraturan.
SH: Apa cabaran politik yang tuan rasa?
JC:Tapi bila saya nampak orang muda. Saya terpanggil untuk turut sama. Kalau saya pentingkan diri sendiri lebih baik saya menjadi ahli perniagaan sebelum ini dan seorang ahli perniagaan sudah pasti mengharapkan sesuatu perubahan kepada kawasanya. Saya tunggu sejak 2018 hingga hari ini. Banyak masalah tidak diselesaikan…
Saya bukan korbankan diri tetapi terpanggil untuk berkhidmat kepada masyarakat saya dengan dasar yang lebih baik.
Calon sudah ditentukkan? Saya adalah salah satu calon. Kita di PIS tidak meletakkan harapan kepada calon yang mana hebat dan pandai. Kita letakkan dia calon dan berikan khidmat terbaik. Tetapi kita ada tempoh had enam bulan kepada setiap individu yang kita kenal pasti layak dan berketrampilan sebagai calon. Jika calon yang kita letakkan tidak mampu menjalankan khidmatnya maka kita bagi peluang kepada ahli lain. Sebab di PIS itu, kita tidak ada calon big surprise kerana kita mengelakkan lebih banyak perpecahan dan kerosakan pada parti. Kita sudah ada perlantikkan. Kita pun sudah declare kepada SPRM.
SH: Apa pandangan tuan tentang politik di Sabah?
JC: Dari saya kecil lagi sudah dihidangkan dengan cerita politik. Kita rujuk di Singapura, sejak mereka merdeka sehingga hari ini hanya satu parti yang memerintah. Kestabilan itu mampu membina negara itu maju. Di Sabah pula negeri paling kerap menukar Kerajaan. Kenapa kita Sabah tercorot. Ada 10 daerah di Malaysia lapan di Sabah. Sedangkan kita di Sabah ada sumber.
SH: Tuan yakin PIS mampu menang kerusi khususnya di Elopura?
JC: Saya yakin PIS mendapat tempat pada PRN 17. Saya sudah bergerak di 10 PDM di Elopura. Gerak kerja sudah diperhebatkan. Kita ada kaedah untuk setiap PDM. Dasar lebih menyantuni di kawasan.
SH: Apa yang tuan rasa boleh mencabar di Elopura?
JC: Saya percaya keperluan rakyat itu berbeza-beza. Jika di Elopura….isu air, eletrik dan kemudahan awam
PIS…optimis mendapat tempat dan yakin menyumbang kerusi kepada PIS Untuk PRN 17 akan bergerak solo. Ada 60 calon dan 60 bahagian. Saya adalah Ketua Penyelaras Zon 5. Beluran, Sandakan, Libaran dan Batu Sapi dan naib Presiden bagi kouta Cina.
SH: Terima kasih dan semoga berjaya
Tamat
