OLEH: SYAMILAH SALLEH
SEMPORNA: 3 Mei- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot enjin sangkut dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bot Banggi 11 di perairan Semporna kelmarin.
Dalam satu kenyataan media memaklumkan, APMM Zon Maritim Semporna telah mengadakan operasi tersebut pada sekitar jam.9.10 pagi semalam dan menahan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.7 batu nautika di Utara Pulau Gaya Semporna.
Ketika bot Banggi 11 menghampiri bot sasaran,juragan bot tersebut bertindak nekad dengan terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek.
Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemukan sejumlah 16 tong jerrycan yang disyaki mengandung minyak petrol.
Kesemua barang kes termasuk bot dan minyak tersebut yang dianggarkan berjumlah RM11 ribu telah dirampas.Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pihak Maritim Malaysia kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini termasuk usaha mengesan juragan bot yang melarikan diri.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan, orang ramai diminta menyalurkan aduan tersebut ke talian 999 atau menhubungi Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089- 782619 bagi membantu siasatan.
TAMAT
