BERI KOMITMEN TINGGI DEMI RAKYAT-DATUK ISNIN ALIASNIH

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: Ahli majlis daerah disaran agar memperlihatkan komitmen yang tinggi demi rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih setiap ahli majlis perlu berusaha lebih bagi memastikan kemajuan dan pembangunan yang dirancang tercapai.

“Kerajaan pada ketika ini sentiasa berusaha memastikan rakyat menikmati keselesaan dan kesejahteraan,” katanya pada majlis angkat sumpah Majlis Perbandaran Sandakan di sini kelmarin.

Menurutnya komitmen yang tinggi berupaya membawa Sandakan untuk terus maju dan membangun.

Bagaimanapun Isnin berkata ahli majlis perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan MPS.

“Beri kerjasama yang baik dan sebarang masalah perlulah diselesai.

“Cari penyelesaian dan bukannya menunding jari,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis angkat sumpah ahli majlis Sandakan, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, Senator Annabell Perian, Adun Karamunting, Datuk George Hiew, Timbalan Setiausaha 11, KKTP, Faridah Giau dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Walter Kenson.

Tamat

Angkat Sumpah…Ahli Majlis Perbandaran Sandakan mengangkat sumpah perlantikan sebagai ahli majlis pada pagi tadi.

Share This Article