SANDAKAN BERSIAP SEDIA UNTUK TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

sabahheadlines
1 Min Read

SH-Jalie Mohamad

SANDAKAN (22 April): Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi daerah Sandakan diceriakan lagi dengan siapnya billboard Jejak Warisan Sandakan.

Billboard di Tangga Warisan yang telah dinaiktaraf itu turut di pasang dengan lampu solar tambahan.

Billboard itu turut memaparkan logo dan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson melahirkan rasa gembira dengan billboard itu yang telah dinaiktaraf dan diperbaharui.

Beliau berharap penduduk setempat dan pengunjung akan bersama-sama menjaga kebersihan bandar Sandakan.

Katanya kebersihan itu penting kerana ia mampu menjadikan Sandakan sebagai destinasi pelancongan.Sementara itu pengasas dan pengerusi Kumpulan Jejak Warisan Sandakan berkata usaha mensiktarafcdan memperbaharui billboard itu bersesuaian dengan usaha menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ia juga sebagai simbolik memoeringati Hari Warisan Sedunia pada 18 April lalu.

Tamat

Share This Article