ISU DOKUMENTASI KALANGAN KOMUNITI DUSUN DI LAHAD DATU AKAN DIBERI PERHATIAN MENERUSI PROGRAM MEKAR

sabahheadlines
2 Min Read
KDN ambil perhatian isu ketiadaan dokumen warga Dusun di Lahad Datu

SH- HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU : 13 April – Isu ketiadaan dokumentasi dalam kalangan komuniti Dusun di Lahad Datu akan diberi perhatian menerusi pelaksanaan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu bukan bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya menjalankan penelitian terhadap mereka yang belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, Program MEKAR biasanya indvidu yang ada masalah atau sukar datang ke mana-mana pejabat JPN, program inilah akan turun ke lapangan .

“Program ini bukan untuk diberi warganegara kerana kewarganegaraan ini perlu diberi penelitian,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha, pada Ahad.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, berharap agar JPN akan melihat isu itu agar individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat dapat diberikan dokumen selayaknya.

Dalam pada itu, beliau juga percaya ESSCOM sentiasa memperkukuh kawalan keselamatan khususnya di ESSzone menerusi Operasi Sanggah dan Operasi Gassk.

“Kita sentiasa beri keutamaan dalam memastikan kawasan ini selamat kerana
apabila kawasan selamat, pelancong pun akan selamat yang sekali gus dapat meningkatkan ekonomi rakyat,” ujarnya.

Kira-kira 1,500 hadir ke majlis itu yang turut dihadiri Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Sandhu dan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul.

Turut disampaikan borang kemasukan 217 ahli parti WARISAN ke UMNO, penyerahan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada empat Ketua Isi Rumah, sumbangan barang dapur kepada 35 penerima serta duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

TAMAT

Share This Article