Lestarikan Penghijauan Berterusan- Datuk Isnin Aliasnih

Oleh: Aleeya Villiamon

PUTATAN: 8 April – Usaha melestarikan penghijauan bukan sahaja perlu disokong tetapi ianya perlu berterusan.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata adalah wajar untuk setiap pihak berkuasa tempatan memberi sokongan dan turut melibatkan diri secara aktif.
“Amat penting untuk melestarikan penghijauan dan ini bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi untuk generasi akan datang,” katanya.
Isnin berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program I.P.L.A.NT (Inisiatif
Penghijauan Lestari Apirasi Negeri Taman Terindah) di Putatan kelmarin.
“Kita berharap semua PBT akan memaunkan peranan yang bukan sahaja menyokong tetapi menjayakan program seumpama ini,” katanya lagi.

Tamat