BAHASA MEMBINA JAMBATAN, BUDAYA MENYULAM PERPADUAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 13 SEPT – Kehebatan menyampaikan pidato bertemakan silang budaya membolehkan pasangan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar, Sandakan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Duo Silang Budaya 2026 yang berlangsung di Dewan Kolej Vokasional 2, Hub Pendidikan Sandakan pada Sabtu.

Pasangan Ailee Afwu binti Joseph dan Nur Damia Batrisya binti Muhammad Fadzli berjaya memukau juri menerusi pidato bertajuk “Bahasa Membina Jambatan, Budaya Menyulam Perpaduan”.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa.

Tempat kedua dimenangi pasangan Wisha Sofea binti Mohammad Sabri dan Zahratul Sofia binti Mahali dari SK Bukit Garam II, Kinabatangan.

Tempat ketiga pula diraih pasangan Eisyariena binti Saiful Azreen dan Nur Nafisah binti Ajis Jaafar dari SK Tinusa, Sandakan.

Sementara itu, tempat keempat menjadi milik pasangan Nur Qusyairah binti Berusli dan Angie Cristal Jimmy dari SK Mapan-Mapan, Pitas.

Tempat kelima disandang pasangan Azzam Ariq bin Joseph dan Ayesha Nadha binti Alnadine, juga dari SK Sibugal Besar, Sandakan.

Pertandingan itu bukan sahaja mengetengahkan bakat pidato dalam kalangan murid malah menjadi platform memupuk kefahaman, penghargaan terhadap kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan sejak di bangku sekolah.

Share This Article