JARI LELAKI TERSEPIT DALAM MESIN PENGISAR IKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 7 SEPT – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di sebuah premis di Tian Sia, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.11 petang itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Syamzari Ganih, berkata pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.14 petang dan mendapati jari tangan kanan mangsa tersepit di dalam mesin berkenaan.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi melepaskan jari mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan pada jari tangan kanan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.25 petang selepas mangsa berjaya dikeluarkan dan keadaan di lokasi dipastikan selamat.

Sebanyak lapan anggota BBP Sandakan terbabit dalam operasi berkenaan, melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan enam anggota serta sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dengan dua anggota.

Share This Article