KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA SUSULAN KEBAKARAN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 30 OGOS – Daerah Kota Kinabalu hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan kejadian kebakaran di Kampung Lok Batu yang berlaku di daerah berkenaan.

Pengisytiharan itu dibuat pada jam 9 pagi tadi oleh Datuk Seri Dr. Haji Sabin Samitah, selaku Mayor Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Sabah Dan Sarawak) Datuk Ts.Mustapha Sakmud turun padang ke kampung Lok Buta yang musnah terbakar awal pagi tadi.

Sejumlah 202 rumah setinggan atas air itu musnah dalam kejadian tersebut dan tiga kanak- kanak rentung.

Share This Article