PELAJAR CEMERLANG STPM PUTATAN DIGESA BIJAK PILIH KARIER-SHAHELMEY

sabahheadlines
2 Min Read

PUTATAN,10 JULAI- Para lepasan STPM di Parlimen Putatan digesa meningkatkan iltizam bagi meneruskan kecemerlangan mereka di zaman sekolah untuk meniti kejayaan di peringkat menara gading dan alam kerjaya.

Ahli Parlimen Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata cabaran untuk mengisi keperluan industri di negeri ini dan negara perlu dijadikan titik tolak kepada golongan itu dengan sekaligus memberi khidmat bakti terhadap karier diceburi.

Jelasnya, Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai contoh yang mempunyai ‘demand’ tinggi dalam pelbagai industri di mana ia perlu diterokai secara mapan oleh mereka sekaligus membawa naratif berkenaan supaya diguna pakai di Putatan.

“Oleh itu, para lepasan STPM perlu bijak memilih subjek jika ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi atau pun jika menerima tawaran kerja, pilihlah bidang dan kemahiran yang mempunyai permintaan dalam mana-mana industri.

“Ia penting dalam melahirkan lapisan masyarakat yang intelek di Putatan dan sekaligus menjadikan daerah ini lebih berdaya saing di masa hadapan, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Cemerlang STPM 2025 di Hotel Pan Borneo, Putatan.

Seramai 44 orang lepasan STPM melibatkan kawasan Parlimen Putatan disantuni dan menerima sumbangan penghargaan atas kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan tersebut baru-baru ini.

Semua penerima melibatkan sekolah dari SMK Putatan, SMK Sanzac, dan SMK La Salle.

Share This Article