TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP STRUKTUR DAN TANAMAN TIDAK SAH DI TANAH KERAJAAN KG. SIBUGAL BATU 10, SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 6 JUN – Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah telah mengeluarkan notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah (Sabah, Bab 68) berhubung pengambilan milik bangunan, struktur dan tanaman yang didirikan atau ditanam secara tidak sah di atas tanah Kerajaan dan Rizab Kerajaan di kawasan Kg. Sibugal Batu 10, Sandakan.

Notis yang bertarikh 14 Mei 2026 kali ke tiga dari notis yang telah dikeluarkan pada tahun lepas itu memaklumkan bahawa semua struktur dan tanaman yang dikenal pasti dalam kawasan berkenaan telah diambil milik oleh pihak berkuasa.

Pemilik bangunan atau struktur terbabit turut diarahkan untuk mengosongkan premis masing-masing serta mengeluarkan barangan persendirian.

Jabatan Tanah dan Ukur menegaskan bahawa kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan boleh dianggap sebagai suatu kesalahan di bawah Ordinan Tanah (Sabah, Bab 68) dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang ingkar.

Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan tanah Kerajaan dan Rizab Kerajaan dilindungi serta digunakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi kepentingan awam dan pembangunan yang terancang.

Share This Article