GELVIA HARUMKAN NAMA PAPAR SEBAGAI JUARA UNDUK NGADAU KAAMATAN 2026

sabahheadlines
1 Min Read

PENAMPANG, 1 JUN-Gelvia Vanessa Jenny dari Papar dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan ke-66 selepas berjaya menewaskan 52 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung pada ahad .

Gelvia muncul juara pada pentas akhir yang diadakan di Hongkod Koisaan mengatasi Juje Elor @ Francis dari Tuaran yang meraih gelaran naib juara manakala Criszelbellkah Lorris dari Matunggong menduduki tempat ketiga.

Liane Melve Grace Lias (Bandaraya Kota Kinabalu) berada di tempat keempat diikuti Kerishine Danil (Pagalungan), Gadrette Gregory (Penampang) dan Myra Evana Robert (Sook).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu berusia 23 tahun dari University of Malaya itu layak ke pertandingan peringkat negeri selepas menjuarai Unduk Ngadau Papar awal tahun ini.

Gelvia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan berasal daripada keluarga yang tidak asing dalam pertandingan Unduk Ngadau.

Kakaknya Magdalen Jenny pernah mewakili Papar pada tahun 2024, manakala seorang lagi kakaknya Celarin Jenny berjaya meraih tempat ketiga pada pertandingan peringkat negeri tahun lalu.

Beliau juga antara peserta yang menjadi tumpuan menjelang peringkat akhir selepas merangkul lima gelaran sampingan pada acara Sodop Unduk Ngadau.

Share This Article