SEORANG WANITA DITAHAN POSITIF DADAH DALAM OPS PUSAT HIBURAN DI PENAMPANG

sabahheadlines
1 Min Read

PENAMPANG, 3 MEI-Seorang wanita tempatan ditahan selepas disyaki positif dadah dalam Ops Pusat Hiburan yang dijalankan di dua premis sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) itu melibatkan pemeriksaan terhadap 38 individu terdiri daripada pekerja dan pengunjung.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang wanita berusia 46 tahun positif dadah sebelum ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu akan diteruskan secara berkala bagi membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan premis hiburan mematuhi peraturan ditetapkan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar menjauhi dadah yang boleh menjejaskan kesihatan serta mengundang tindakan undang-undang.

Share This Article