PBD SANDAKAN SELARAS TINDAKAN MENYELURUH TANGANI KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 19 APRIL- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengadakan mesyuarat khas bagi memperincikan langkah susulan susulan insiden kebakaran yang melanda Kampung Bahagia dengan fokus kepada penyelarasan bantuan dan kebajikan mangsa terjejas.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi JPBD Sandakan, Datuk Walter Kenson, dan turut disertai wakil pelbagai agensi kerajaan serta pihak berkepentingan.

Perbincangan tertumpu kepada aspek pengurusan pusat pemindahan sementara, penyediaan keperluan asas kepada mangsa serta mekanisme penyelarasan bantuan bagi memastikan agihan dilakukan secara sistematik dan efisien.

Selain itu mesyuarat berkenaan turut menekankan kepentingan tindakan susulan yang pantas dan tersusun bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya, di samping usaha memulihkan keadaan pasca-bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Share This Article