POLIS TUMPAS KEGIATAN JUDI DALAM TALIAN, DI KOTA MARUDU

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA MARUDU,15 APRIL-Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membanteras satu kegiatan perjudian atas talian susulan maklumat orang awam yang disalurkan melalui platform QR Code Aduan Masyarakat.

Dalam operasi yang dijalankan di Kampung Talantang 2, seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai ejen perjudian telah ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah beberapa peralatan elektronik serta sejumlah wang tunai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.

Menurut pihak polis, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan tindakan tegas terhadap penganjuran atau pengendalian aktiviti perjudian.

PDRM dalam pada itu menggesa orang ramai agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah melalui saluran rasmi termasuk QR Code Aduan Masyarakat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

Share This Article