90 keluarga di Taman Mawar terima bantuan bakul makanan

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI, 13 Mac — Seramai 90 ketua isi rumah di Fasa 7, Taman Mawar menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif kebajikan yang disalurkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil beliau, Tuan Ajak Haji Sadikal yang merupakan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi dalam satu program penyerahan bantuan kepada penduduk setempat.

Program bantuan itu bertujuan membantu meringankan kos perbelanjaan harian khususnya bagi golongan berpendapatan rendah (B40), selain memastikan kebajikan masyarakat di kawasan berkenaan terus diberi perhatian.

Inisiatif berkenaan juga diharap dapat membantu keluarga penerima dalam memenuhi keperluan asas, sekali gus mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.

TAMAT

Share This Article