SANDAKAN, 11 Mac – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan kejadian tanah runtuh di kawasan Bangunan Blok 10, Lebuh Empat, Pusat Bandar Sandakan selepas pemeriksaan mendapati kawasan tersebut tidak selamat untuk didiami buat sementara waktu.
Sehubungan itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Bandar Sandakan telah diaktifkan pada 11 Mac 2026 jam 12.00 tengah hari bagi menempatkan penduduk terjejas.
Pihak berkuasa akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keselamatan orang awam.
Oleh : Jalie mohamad
