SANDAKAN ,7 Mac-Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyelar tindakan ganas terhadap penguatkuasanya di Batu 8, Sibuga Jaya di sini kelmarin.
Presidennya Walter Kenson dalam kenyataan hari ini berkata tindakan sekumpulan penjual rokok haram itu tidak dapat diterima.
“Kita tidak akan bertoleransi dalam perkara ini,” katanya di sini.
Katanya, MPS sangat prihatin dengan keselamatan dan kesejahteraan penguatkuasanya yang sedang menjalankan tugas untuk melindungi masyarakat.
Sehubungan dengan itu, Walter Kenson berkata, MPS menyokong sepenuhnya tindakan pihak polis yang sedang menyiasat dan akan memberi kerjasama agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Jumaat lalu, seorang penguatkuasa MPS dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dikatakan menegur seorang penjual rokok haram agar tidak berjualan di kawasan itu.
Walter berkata MPS akan terus bekerjassma dengan polis dan agensi lain bagi memerangi kegiatan seumpama itu.
“Kami ingin mengingatkan masyarakat bahawa penjualan rokok haram adalah tindakan yang melanggar hukum dan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya lagi.
TAMAT
