KOTA KINABALU, 17 Feb – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Melihat Anak Bulan Ramadan 1447H/2026M yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan tahlil sebelum bacaan doa selamat dipimpin Imam Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting.
Pada majlis itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar turut memaklumkan kepada Tun Musa berhubung penetapan tarikh permulaan ibadah puasa sebelum majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.
TAMAT
