WANITA TEMPATAN MAUT, PACUAN EMPAT RODA TERBABAS MASUK SUNGAI DI RANAU

sabahheadlines
1 Min Read

RANAU, 18 Oktober – Seorang wanita tempatan berusia 47 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang dinaikinya terbabas lalu memasuki sungai dalam kejadian di Kampung Nalapak di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian NG999 pada jam 12.45 tengah hari.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau yang terdiri daripada tujuh anggota tiba di lokasi pada jam 1.14 petang.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan Isuzu D-Max terbabas sendiri ke dalam sungai dengan seorang mangsa terlibat.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum memberikan rawatan awal.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut melibatkan PDRM dan KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.14 petang selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Share This Article