VIVIAN HARAP ANAKMUDA SERTAI ‘RUN FOR PEACE’

Oleh: Aleeya Batrieysia

SANDAKAN (7 SEPTEMBER): Ahli Parlimen Sandakan, Vivan Wong Shir Yee berharap lebih ramai anak muda akan menyertai ‘Run For Peace’ tahun depan.

Beliau berkata penyertaan anak muda pada larian keamanan itu ketika ini sememangnya menggembirakan.

“Saya berharap akan lebih ramai lagi anak muda menyertai larian ini tahun depan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata penglibatan anak muda dalam larian itu membukti bahawa mereka meminati sukan.

Katanya penyertaan anak muda dalam larian itu juga membuktikan bahawa mereka turut mencintai keamanan.

Vivan seterusnya meminta penganjur larian itu akan menggalakkan penyertaan yang lebih ramai pada tahun depan.

Dalam pada itu, Vivian turut melahirkan rasa gembira dan terharu dengan penyertaan larian itu.

“Lebih 1,700 orang menyertai larian ini dan saya berharap pada masa akan datang lebih ramai yang akan menyertai,” katanya lagi.

Tamat