sh@ editor
KOTA KINABALU (11 OGOS): Salah seorang peguam keluarga Allyarhamah Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan kononnya ada vip di kamar bedah siasat.
Penafian itu dibuat oleh Hamid Ismail kepada media di luar jabatan forensik Hospital Queen Elizabeth 1 di sini Ahad lalu.
Beliau berkata tidak ada vip yang masuk dan mengganggu bedah siasat itu seperti yang didakwa.
Menurutnya vip itu ada di kawasan itu tetapi untuk urusan yang lain.
“Dakwaan vip itu masuk dan mengganggu adalah tidak betul …di depan pintu tu ada pakcik arwah dan dia pun tidak dibenarkan masuk,” katanya.
Ketiadaan vip itu turut disahkan oleh seorang lagi peguam, Shahlan Jufri.
“Tidak ada vvip di kamar itu, yang ada cuma doktor, anggota polis dan wakil keluarga …saya sahkan di sini,” katanya.
Shahlan merupakan peguam yang mengikuti dan memerhatikan bedah siasat tersebut.
Dalam pada itu Hamid berharap orang ramai tidak membuat sebarang anggapan yang bukan-bukan.
“Kami berada di dalam dan memang tidak ada vip yang masuk …kadi harap jangan buat spekulasi yang bukan-bukan,” katanya lagi.
Bedah siasat yang dikendalikan oleh empat pakar patologi termasuk seorang daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang itu memakan masa selama lapan jam.
Orang ramai yang membanjiri luar jabatan forensik itu dikelirukan apabila ada yang mendakwa bahawa ada vip masuk ke kamar tersebut.
Tamat

