SANDAKAN,7 JULAI- Sukan catur bukan sekadar permainan strategik malah merrupakan sukan unik yang berupaya membentuk ketajaman minda,daya pemikiran kritis serta berupaya membuat keputusan dalam kalangan pemain.
Situasi itulah yang membezakan sukan catur dengan sukan yang lain, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa.
Bercakap kepada media selepas merasmikan HMM Chess Champions Sandakan, Hazem berkata, sukan catur tidak memerlukan tenaga tetapi memerlukan pemikiran dalam mengatur strategi.
“Sukan catur ini bukanlah seperti sukan yang lain,dimana ia memerlukan tenaga dan sebagainya..tetapi sukan catur ini adalah satu sukan di mana ia memerlukan minda..jadi situ jugalah cabaran itu.. bagi saya amat penting juga melatih minda kita dari segi kesabaran ,tiap langkah itu harus berrhati-hati dan permainan catur ini memerlukan strategik yang baik,katanya.
Mengenai soalan lain, Hazem berkata, penyertaan lebih daripada 200 orang itu mampu menghidupkan sukan catur.
Katanya, kejohanan itu bukan hanya disertai oleh peserta dari Sandakan dan daerah lain tetapi turut disertai oleh peserta luar negeri.
“Terdapat seorang peserta daripada luar negara yang berusia empat tahun dan ini amat baik buat sukan catur.
“Saya berharap kejohanan seumpama ini akan dapat diadakan lagi,” katanya.
Ditanya sama kejohanan akan datang berskala besar, Hazem berkata: “kita akan lihat, jika pesertanya ramai, kita akan buat.”
