SOLIDARITI UNTUK ARWAH ZARA BERGEMA DI PANGSAPURI MUTIARA KASIH

sh@ Syarmilah Salleh
LAHAD DATU – 20 Ogos- Suara rakyat menuntut keadilan untuk adik Zara diteruskan di peringkat komuniti Pangsapuri Mutiara Kasih, dengan banner dan plakad #JusticeForZaraQairina dipamerkan di kawasan berkenaan.

Komuniti, khususnya Blok D yang diketuai oleh Ahmad Aminud, menggerakkan solidariti ini dengan menghasilkan banner, plakad tapak tangan, dan tandatangan penduduk sebagai tanda sokongan serta keprihatinan terhadap isu yang berlaku.

Tinjauan mendapati kain rentang dipasang di hadapan blok D, melambangkan kesungguhan komuniti dalam menyuarakan sokongan mereka terhadap keadilan untuk Zara.

TAMAT