Skandal Rasuah Sabah Mampu Ditangani – YB Yusof Apdal

SABAH HEADLINES

16 FEBRUARI 2025

LAHAD DATU:Ahli Parlimen Lahad Datu ,Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata,skandal rasuah Sabah dilihat memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International pada tahun depan.

Beliau berkata,kedudukan CPI Malaysia yang tidak berubah pada tangga ke-57 tahun ini menunjukkan persepsi kurangnya pengawasan terhadap isu berkaitan rasuah.

Namun Yusof berkeyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mamou menangani isu rasuah dengan pendekatan beliau yang tersendiri.

Beliau berkata demikian malam tadi dalam Majlis Makan Malam bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Lahad Datu.

Turut hadir Aisah Hj Hassan, Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Lahad Datu, Rahimin bin Radin,Wakil Pejabat Pendidikan (PPD) Daerah Lahad Datu dan Zainal Abidin bin Laja,mantan Pejabat Pendidikan (PPD) Daerah Lahad Datu.