SEKOLAH VISION SANDAKAN CEMERLANG KUTIP 27 PINGAT MEMANAH DI MSSS

sh@ editor

SANDAKAN (5 OGOS): Sekolah Vision Sandakan mencatatkan keputusan cemerlang pada Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah (MSSS) di Lahad Datu baru-baru ini.

Pasukan memanah sekolah itu memenangi 27 pingat dengan catatan enam emas, 10 perak dan 11 gangsa pada kejohanan yang bermula 28 Julai dan berakhir 1 Ogos lalu.

Sembilan pemanah sekolah yang menyumbang pingat mereka ialah Dexter Tsang, Caden Yeo, Nicholas Yeo, Caleigh Chong, Zachariah Lai, Joshua Chong, Crystal Yong, Bryan Hiew dan Eunice Hing

    Kejayaan itu dimaniskan lagi apabila pemanah sekolah itu Caleigh Chong bagi kategori recurve perempuan bawah 12 tahun dipilih untuk mewakili Sabah ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

    Caleigh Chong akan menyertai seorang lagi pemanah yang juga dari Sandakan, Eunice Hing ke MSSM.

    Tamat