Segerakan hakim bertauliah Mahkamah Syariah Tawau

sabahheadlines
1 Min Read

Saya ingin menyeru kepada pihak berkenaan terutama sekali Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) agar mengambil perhatian isu ketiadaan hakim tetap yang memiliki tauliah bagi Mahkamah Rendah Syariah Tawau.

Isu ini telah lama berlarutan sehingga menyebabkan kesulitan buat penduduk daerah Lahad Datu, Felda Sahabat,Semporna dan Kunak yang jauh untuk ke mahkamah tersebut.

Saya dimaklumkan, sudah ada hakim yang dihantar oleh pihak berkenaan untuk bertugas namun tauliah tidak diberikan sehingga hari ini setelah lebih kurang dua bulan, untuk membolehkan beliau mendengar kes mahkamah tinggi.

Terdapat kes yang tertunda berbulan lamanya akibat menunggu untuk dibicarakan kerana masalah tidak ada hakim yang bertauliah ini , sehingga terpaksa menggunakan khidmat hakim dari mahkamah luar kawasan seperti Sandakan dan Kota Kinabalu.

Selaku aktivis masyarakat di Sabah, saya begitu terkilan kerana Tawau adalah daerah yang sangat besar di negeri ini, urusan melibatkan keluarga dan agama sangat banyak kerana umum mengetahui kawasan Pantai Timur Sabah majoriti penganut agama Islam.

Saya berharap agar masalah ini segera diselesaikan kerana ia melibatkan kepentingan awam, ada kes yang perlu dibicara dan diselesai dengan segera contoh kes anak angkat dan harta pusaka.

Hj.M.Ridzal
AKTIVIS MASYARAKAT

Share This Article