KOTA MARUDU, 20 Ogos 2025 – “Saya datang bukan tugas rasmi tetapi datang untuk berikan sokongan moral.”
Begitu kata-kata Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Bandau, Datuk Dr Maijol Mahap kepada media di sini hari ini.
Maijol ditemui ketika berkunjung ke kediaman pengerusi Kampung Bintasan Tengah, Marianah Talu.
Lawatan itu juga sebagai tanda simpati dan keprihatinan terhadap kesedihan yang melanda keluarga tersebut.
Maijol meluangkan masa beramah mesra dan turut menyampaikan kata-kata semangat.
“ Saya mendoakan agar belisu (Marianah) dan keluarga terus diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” katanya.
Menurut beliau, kehadiran pemimpin masyarakat dalam waktu-waktu getir bukanlah sekadar simbolik, tetapi suatu manifestasi nilai kemanusiaan yang mendalam terutama dalam budaya masyarakat luar bandar.
Sementara itu Marianah, yang kelihatan sebak mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan.
“Saya amat tersentuh dan terharu. Dalam waktu sukar ini, kehadiran orang-orang yang peduli memberikan kekuatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih kepada Datuk Dr Maijol dan semua yang hadir,” katanya.
TAMAT.

