SAWIT KINABALU FARM PRODUCTS BERSEDIA MEMENUHI KEHENDAK PASARAN SEMPENA AIDILADHA

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU 9 APRIL -Sawit Kinabalu Farm Prodicts Sdn Bhd sedia memenuhi keperluan daging untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Selain menyediakan daging segar dan halal, anak syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu itu juga bersedia memenuhi pasaran lembu korban.

Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa berkata, syarikat itu akan berusaha menyokong keterjaminan bekalan ternakan dan juga makanan.

“Syarikat berusaha memenuhi keperluan domestik selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa sektor agro-makanan meskipun terdapat permintaan daripada luar negara,” katanya.

Hazem bersama-sama pihak pengurusan melawat operasi anak syarikat kumpulan itu pada Isnin.

Seiring dengan sambutan Aidil Adha yang bakal disambut bulan depan, SKFP membuka tempahan kepada orang ramai.

Tempahan untuk lembu korban dengan harga berpatutan serendah RM5,600 seekor dan orang ramai digalakkan untuk membuaþ tempahan lebih awal.

Dalam pada itu SKFP juga giat menambah variasi baka lembu.

Antaranya termasuklah baka Brahman , Brangus, Simental Cross dan Wangyu Cross.

Sehingga tahun lalu, SKFP telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan peningkatan jualan lembu sebanyak 65.7 peratus atau lebih 4,600 ekor.

Share This Article