RINA HARAP DANA UNTUK PPR

sh@ editor

KOTA KINABALU: 2 Julai- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan diminta menyediakan dana untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Datuk Rina Haji Jainal berkata dana itu adalah untuk menyelenggara PPR yang telah mengalami kerosakan.

“Peruntukan tambahan yang diberikan kepada kementerian adalah RM20 juta dan ia adalah jumlah yang besar.

“Kita berharap daripada peruntukan itu ada disediakan untuk PPR,” katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan pada sidang DUN di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat rumah di PPR memerlukan penyelenggaraan dan terdapat pihak oengurusan yang gagal berfungsi seperti diharapkan.

Katanya jika dana itu diberikan, pihak jawatankuasa bertindak penduduk dan pihak majlis boleh berbincang bagi menyelesaikan masalah yang ada.

Rina juga meminta agar tahap keselamatan di PPR dapat dipertingkatkan.

Menurutnya gejala sosial telah berlaku dan menular di PPR.

Katanya ianya berlaku kerana tahap keselamatan di kawasan itu.

“Pondok pengawal pun tidak ada di kawasan itu dan tahap keselamatan perlu dipertingkatkan,” katanya lagi.

Rina juga mencadangkan agar diwujudkan kouta untuk menduduki PPR.

Katanya kouta untuk ibu tunggal, kakitangan awam bergaji rendah dan anak muda yang memperolehi pendapatan dibawah RM2,000 sebulan diwujudkan.

Dalam itu, beliau memberitahu bahawa beliau ada memberikan sokongan kepada pemohon yang layak untuk menduduki PPR.

“Kita ada mendengar tentang pemutihan tetapi saya sendiri tidak tahu kenapa pemohon yang kita sokong tidak dapat menduduki PPR.

“Kita memberikan sokongan kerana mereka sememangnya layak,” katanya lagi.

Tamat