SANDAKAN: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris terus mendekati rakyat di kawasan ini.
Pendekatan pemimpin itu melalui sentuhan Program Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Bakul Makanan.
“Sudah menjadi rutin saya bila turun ke akar umbi. Bukan sekarang tetapi semenjak wakil rakyat sehingga hari ini saya masih memikirkan kebajikan rakyat,”katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di kampung Sungai Tendok Kecil Batu 19 pada kelmarin
Zakaria telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga asnaf yang layak, dengan tujuan meringankan beban kehidupan mereka.
Menurut beliau, usaha kebajikan seperti ini perlu diteruskan secara berterusan agar tiada golongan yang tercicir daripada mendapat perhatian dan sokongan masyarakat.
“Kita mahu pastikan tidak ada keluarga yang terpinggir, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat amat penting untuk memastikan golongan ini dibela,” katanya.
Program berkenaan bukan sahaja memberi manfaat dalam bentuk bantuan kepada keluarga penerima, malah turut mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan penduduk setempat, sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti.
Tamat
