Operasi Pembersihan Pasca Banjir di SK Bawang Dipergiat, Libatkan Pelbagai Agensi

sabahheadlines
1 Min Read

Paitan, 24 Februari 2026 — Operasi pembersihan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang sedang giat dilaksanakan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan bantuan bagi memastikan kawasan sekolah kembali selamat serta kondusif untuk kegunaan warga sekolah.

Menurut laporan operasi, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 10.26 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada 11.07 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 50 kilometer.

Operasi berjaya dikawal pada jam 11.40 pagi manakala kerja-kerja pembersihan masih diteruskan dan akan dimaklumkan sebaik selesai.

Komander Operasi, PBK I Mohd. Arshad Bin Kader memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pasca banjir sedang dijalankan secara bersepadu di kawasan sekolah bagi membersihkan sisa lumpur serta memastikan persekitaran kembali selamat.

Seramai 36 anggota terlibat dalam operasi ini yang melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Operasi turut disokong sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Vigo bagi membantu pergerakan logistik di lokasi.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan memastikan proses pembersihan berjalan lancar bagi membolehkan sesi persekolahan kembali seperti biasa dalam masa terdekat.

TAMAT

Share This Article