Miritim Gagalkan Cubaan Kapal Nelayan Asing Mengaut Hasil Laut Negara di Kudat.

OLEH: SYARMILAH SALLEH

KUDAT: 8 April – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan dua vessel Nelayan Asing(VNA) Vietnam yang rancak merompak hasil laut negara di perairan Kudat semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar berjaya, kejayaan itu hasil makluman awam yang diterima pihaknya.

Susulan makluman tersebut, dua aset rondaan Zon Maritim Kudat iaitu bot cenderawasih10 Dan ADAL 14 yang sedang meronda melaksanakan Op Has Pagar Laut digerakkan ke lokasi berkenaan sekitar pukul 3.15 petang.

” Sebaik tiba di kawasan sasaran kira-kira 11 baru nautika timur laut Pulau Sibogor, pasukan operasi mengesan dua VNA Vietnam sedang leka menjalankan aktiviti perikanan haram

” Semasa cuba dihampiri suspek bertindak memotong tali tunda serta membiarkan tali terjuntai panjang di bahagian belakang vessel serta memasang palang besi di bahagian kiri dan kanan vessel terbabit kerana enggan memberi kerjasama ketika diarahkan untuk berhenti, kata Hasbullah.

Namun helah tersebut gagal apabila berlaku aksi kejar mengejar selamat 15 minit sebelum anggota Maritim berjaya melompat ke atas. VNA berkenaan bagi menghentikannya.

Setelah penggeledahan dilakukan kedua-dua bot Nelayan terbabit disyaki melakukan aktiviti menunda dan menangkap balat dengan penemuan peralatan yang diperbuat daripada besi padu yang direka khas untuk menangkap balat.

Pemeriksaan kevatas kedua- dua bot berkenaan juga turut menemui lebih kurang 45kg balat basah serra 500 liter minyak diesel dibawa setiap boy berkenaan.

Seramai 12 individu merupakan warganegara Vietnam umur antara 30 hingga 53 tahun ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Semua yang terbabit ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1956/63 manakala bot serta hasil laut yang dianggarkan lebih RM4 juta akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

TAMAT