Manfaatkan Bantuan Yang Disediakan Kerajaan – Mohd Jali Nordin

Oleh: Aleeya Villiamon

BEAUFORT: 5 April Generasi muda perlu memanfaatkan segala kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Timbalan Ketua Bahagian PGRS Klias Haji Mohd Jali Nordin berkata pelbagai bantuan telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu generasi muda mencapai kejayaan dalam pendidikan.
“Ia merupakan bantuan terbaik buat generasi muda untuk berjaya dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya kepada Sabah Headlines di sini hari ini.
Menurutnya sama ada kemudahan dan bantuan itu daripada kerajaan negeri atau pun persekutuan ianya perlulah dipergunakan dan tidak dipersia-siakan.
Katanya agak mengecewakan sekiranya generasi muda mengambil sikap tidak peduli dan tidak kisah.
Lebih menyedihkan katanya bila ada generasi muda bersikap sedemikian kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
“Berfikirlah dengan bijak dan buat penilaian dengan teliti, bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ketika ini tidak diadakan oleh pembangkang ketika menjadi kerajaan, ” katanya lagi.

Tamat