Makmal Hampir Musnah Terbakar di Jalan Maktab Tawau, Tiada Mangsa

sabahheadlines
2 Min Read

TAWAU, 7 FEBRUARI-Sebuah makmal jenis kekal hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan Sawit Kinabalu Biotech, Jalan Maktab Tawau, awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 37 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK I Sulaiman bin Hj Md Salleh, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.58 pagi dan mendapati sebuah mammal berkeluasan kira-kira 80 x 40 kaki persegi telah terbakar hampir 90 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 300 KAKI dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba serta Water Tanker,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.36 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.03 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian.

Seramai 19 anggota bomba terlibat dalam operasi itu dengan bantuan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tiada mangsa dilaporkan terlibat atau cedera dalam kejadian tersebut.

Antara jentera yang digunakan ialah FRT, LFRT, EMRS dan Water Tanker.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian boleh menghubungi Ketua Balai BBP Tawau, TPgB Jemishin bin Ujin di talian 013-548 0760.

TAMAT

Share This Article