LELAKI MAUT DALAM INSIDEN BOT KARAM DI KINABATANGAN TELAH DITEMUI

sh@ Syarmillah Salleh

KINABATANGAN (21 JULAI): Seorang lelaki yang hilang ditemui lemas di Sungai Segama dekat Ladang Temenggong di sini petang Ahad.

Mangsa, Adzly Kassim, 46, dikatakan hilang apabila bot yang dinaiki betsama tiga rakannya yang lain karam secara tiba-tiba.

Tiga rakannya yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi PBK II Jerry John daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dalam kenyataannya memberitahu mayat mangsa ditemui pada jam 6.30 malam.

Mayat mangsa ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung yang turut membantu operasi mencari itu.

Jerry berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kinabatangan sebelum bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 115 kilometer dari balai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menggunakan bot milik penduduk kampung secara kaedah pencarian permukaan (surface searching),” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 7 malam setelah keadaan disahkan selamat.

Operasi disertai tiga anggota bomba menggunakan sebuah jentera jenis Hilux bersama keanggotaan lain dari PDRM (3 anggota) dan bantuan 20 orang awam.

Ketua BBP Kinabatangan, PPgB Hairi Bin Otuh boleh dihubungi di talian 017-8616619 untuk maklumat lanjut.

TAMAT