29 Julai 2025 | Kota Kinabalu – Cuaca panas berterusan yang melanda beberapa kawasan di negara ini menyaksikan Kota Marudu, kini berada pada tahap dua gelombang haba.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 6.00 pagi tadi.
Tahap 2 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37°C hingga 40°C selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, memberi isyarat peningkatan risiko kesihatan dan kebakaran.
Selain itu, enam lagi kawasan di Sabah kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Pitas, Beluran,Telupid, Sandakan, Tenom dan Keningau.
Bagi di Semenanjung kawasan terlibat termasukKampar, Perak, Pasir Putih & Machang, Kelantan danTemerloh, Pahang
Sementara itu, Limbang di Sarawak turut tersenarai di bawah tahap saty
Tahap satu merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35°C hingga 37°C selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
MetMalaysia menasihatkan orang awam agar menghadkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan berwaspada terhadap sebarang risiko kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan.
Tamat

