KESAL SAMAKAN PEMIMPIN SABAH DAN SARAWAK SEPERTI “BERUK”

Rizan menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Sandakan

sh@ editor

SANDAKAN: Satu laporan polis dibuat terhadap satu rancangan di Tiktok yang menyamakan pemimpin dari Sabah dan Sarawak seperti ” Beruk”

Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Rizan Aziz berkata vedio berlatarbelakangkan konsep baca berita yang disiarkan ditiktok itu amat dikesali dan menyingung warga Sabah.

” Saya mahu siasatan keatas vedio itu kerana berbaur penghinaan”,katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan hari ini.

Rizan mendakwa vedio yang ditonton warga net sangat tidak sensitif kepada penduduk Sabah.

Katanya dengan laporan ini maka wajar rancangan itu memohon maaf atau diambil tindakan segera.

Tamat