JURUJUAL KEPALA GAS TEGASKAN HANYA SALAH FAHAM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN— Seorang jurujual kepala gas, Sylvester Boisi, melalui detik cemas apabila tindakannya menukar kepala gas memasak di sebuah kediaman bertukar kepada dakwaan palsu.

Dalam satu kenyataannya, beliau menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyamar untuk menukar kepala gas di rumah seorang penduduk itu tidak tepat dan bersifat salah faham sahaja

” Saya hanya memasuki rumah selepas mendapat persetujuan pemilik dan kerja kerja menukar kepala gas lama itu secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran,”katanya selepas menunjukkan laporan polis bersama seorang pengurus syarikatnya

Sementara itu, Pengurus Wilayah Sabah syarikat berkenaan, Roland, menjelaskan syarikat beroperasi secara sah dan berharap masyarakat memberi ruang kepada siasatan agar salah faham tidak berpanjangan.

Bagi membersihkan nama, Sylvester telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan pada 2 Oktober lepas pada kira-kira 7.30 malam lepas.

Tamat

Share This Article