sh@ editor
TENOM (1 OGOS): Ahli Majlis Daerah diminta tidak hanya tumpukan soal pembangunan tetapi kepada masalah rakyat.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata masalah rakyat perlu diberikan perhatian serius dan perlu berusaha untuk mengatasinya.
“Jangan hanya fikirkan soal pembangunan semata-mata tetapi masalah rakyat seperti aduan yang mereka kemukakan perlulah diberi perhatian.
“Kita perlu ambil tindakan untuk memastikan setiap aduan dari rakyat itu ditangani,” katanya selepas menyaksikan upacara angkat sumpah dan penyampaian watikah ahli majlis daerah Tenom di sini hari ini.
Menurutnya setiap ahli majlis perlu bertanggungjawab bukan sahaja kepada pembangunan daerah tetapi juga rakyat.
Katanya tanggungjawab itu perlu diselesaikan dengan amanah.
“Jangan pandang mudah setiap masalah yang dikemukakan oleh rakyat ” katanya lagi.
Isnin juga berkata Kerajaan GRS sentiasa meletakkan keutamaan kepada rakyat.
Katanya kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan apa yang terbaik untuk rakyat.
“Apa yang dilakukan oleh Kerajaan GRS ketika ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan lalu,” katanya lagi.
Beliau berkata bukan hanya bantuan perumahan malah bantuan kewangan sebanyak RM300 untuk rakyat yang layak turut diberikan.
Katanya pelbagai bantuan lagi turut diadakan oleh Kerajaan GRS dan ia adalah untuk rakyat.
Tamat

