SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
10 MAC 2025
LAHAD DATU: Parti Warisan Malaysia menyeru seluruh rakyat agar menjadikan Sabah sebagai contoh perpaduan agama dan kaum di negara ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama namun sentiasa saling hormat menghormati dan berkasih sayang antara sama sama lain.
Beliau mengajak khususnya umat Islam untuk menghindari perselisihan, lebih-lebih lagi dalam bulan mulia Ramadan serta menegaskan bahawa sebarang perdebatan berkaitan agama dan kaum harus dielakkan bagi mengelakkan perpecahan yang boleh merugikan semua pihak.
“Saya tekankan tadi dalam ucapan saya, we are blessed. Sabah is an example dalam negara Malaysia bagaimana masyarakat majmuk berbagai kaum, berbagai anutan agama dapat duduk dalam keadaan yang harmoni untuk memberikan supaya kelangsungan kehidupan. Kalau kita ada perpaduan, kekentalan jiwa kita dalam negara kita, saya yakin negara kita kita boleh bangunkan sebaik mungkin untuk mendapat generasi yang akan datang…”SOT OUT.
Shafie ditemui media selepas Majlis Iftar Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada asnaf beragama islam dan bukan islam, anjuran Parti Warisan DUN Segama dan Silam di Masjid Raudah Lahad Datu, semalam.
Hadir sama, Timbalan Presiden Parti, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Ketua Penerangan, Datuk Aziz Jamman dan Ketua Pemuda Warisan Terence Au.

