HATI-HATI DENGAN SCAMMER-DATUK ISNIN ALIASNIH

OLEH: ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN: “Jangan mudah percaya dan jangan mudah terpedaya.”

Nasihat itu dilontarkan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih kemungkinan wujudnya scammer yang cuba meraih keuntungan berkaitan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau yang ditemui selepas majlis angkat sumpahan dan penyerahan watikah lantikan Ahli Majlis Daerah Beluran di Sabah Hotel di sini kelmarin berkata sebaiknya datang terus ke kementerian atau majlis perbanbaran atau majlis daerah.

“Saya baharu dimaklumkan mengenai perkara ini dan nasihat saya teruslah mohon kepada kementerian atau pihak majlis …kami akan berusaha untuk membantu,” katanya lagi.

Mengenai soalan lain, Isnin memberitahu sejak Kerajaan GRS mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, majlis perbandaran, majlis daerah dan lembaga bandaran telah mencatatkan prestasi yang membanggakan.

” Ada majlis yang mencatat peningkatan tiga kali ganda dan ini merupakan prestai yang membanggakan,” katanya lagi.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Labuk, Datuk Samad Jamri.

Tamat