GAGASAN KLIAS SEDIA HADAPI PRN

TUARAN : 27 April – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Ketua Penerangan Gagasan Klias, Ismail Masah berkata persediaan itu sudah lama dan gerakan sudahpun dilakukan.

“Kita sudah lama bergerak …mendekati akar umbi dan kita mengambil pendekatan santai kerana kita yakin pendekatan ini lebih berkesan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran GASAK 17 di sini hari ini.

Menurutnya pendekatan secara santai itu telah menghadirkan kemesraan dengan akar umbi.

Katanya akar umbi lebih mudah menerima, memahami dan mengetahui dengan jelas terhadap penjelasan berkaitan dengan pelbagai fitnah dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang.

Beliau berkata rakyat ternyata menyambut baik pendekatan yang digunapakai.

“Akar umbi selesa dengan pendekatan yang kita gunakan …tidak terlalu formal dab mereka mudah meluahkan masalah yang mereka hadapi,” katanya lagi.

Tamat