Pejabat Mufti Negeri Sabah memaklumkan bahawa fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 08 September 2025 bersamaan 15 Rabiulawal 1447H (Isnin). Fenomena ini dijangka bermula pada jam 12.26 pagi dan berakhir pada jam 3.56 pagi.
Sehubungan itu, umat Islam di seluruh Negeri Sabah disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan serta mendengar khutbah bersempena fenomena berkenaan.
Masa yang paling sesuai untuk menunaikan solat sunat tersebut ialah antara jam 2.12 pagi (waktu kemuncak gerhana) hingga 3.30 pagi.
Pejabat Mufti Negeri Sabah menyeru semua masjid dan surau di seluruh negeri agar mengambil inisiatif melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah sebagai tanda penghayatan terhadap kebesaran Allah SWT.
Tamat