BAKAL PENGURUS JENAZAH WANITA TIMBA ILMU FARDU KIFAYAH

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU; 10 OGOS 2025 (Ahad)-Seramai 50 orang menyertai Kursus Intensif Pengurusan Jenazah Wanita.

Kursus itu dianjurkan oleh Biro Khairat Kematian Masjid Nurul Aman di sini.

Pengerusi Biro Khairat Kematian, Haji Mohd Ridzal Haji Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana program itu mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau menekankan kepentingan memuliakan para guru serta mengamalkan ilmu yang diperoleh agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan teori, malah menyediakan latihan amali supaya para peserta dapat memahami dan mempraktikkan kaedah pengurusan jenazah mengikut tuntutan syarak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Nurul Aman, Dr Haji Mohammad Ayub Haji Yaakub mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat serta menegaskan betapa pentingnya umat Islam mempelajari pengurusan jenazah agar mampu melaksanakan tanggungjawab ini apabila diperlukan.

Beliau turut menggalakkan peserta mempraktikkan ilmu yang diperoleh daripada ustaz dan ustazah bertauliah yang membimbing kursus ini.

Turut hadir Setiausaha MNA, Arsani Alam, Penolong Setiausaha MNA, Amin Amat; Bendahari MNA, Haji Noorham Hamid; Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MNA, Haji Halim Mohd. Djuda serta Timbalan Pengerusi Biro Khairat, Al Fadil Ustaz Haji Mohd Yunus Abu dan Penolong Setiausaha Biro Khairat, Hajah Hasma Andi Mapa dan Pengerusi Biro Muslimah dan Keluarga,Hajah Annie Yusuf.

Wakil PERKESO juga hadir bagi memberi penerangan tentang kepentingan mencarum sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah yang tidak dijangka di masa hadapan.

Program ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk para dermawan, sukarelawan dan masyarakat setempat yang menyumbang tenaga, masa dan kewangan untuk menjayakannya.

TAMAT