KOTA KINABALU (24 JULAI): Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.
Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM3,000 oleh seorang penjamin tempatan.
Ahli perniagaan yang bergelar dato itu berhadapan dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mahkamah juga mengarahkan OKT untuk melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan selain dilarang mengganggu saksi dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Out berhadapan dengan tuduhan meminta wang untu pemberian pingat dsrjah kebesaran negeri Pahang.
Kes akan disebut semula pada 3 September.

