Ahli Parlimen Batu Sapi Salur Sumbangan Kewangan Kepada Usahawan Bazar Komuniti

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan menyalurkan sumbangan kewangan kepada para peniaga Bazar Komuniti dan Kraftangan Batu Sapi sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa ekonomi setempat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, bantuan itu diharap dapat membantu usahawan kecil meneruskan perniagaan serta meningkatkan daya saing produk tempatan.

Sumbangan berkenaan disampaikan melalui Ketua Pegawai Perhubungan, Tuan Ajak Haj Sadikal dalam satu penyerahan yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi, di sini.

Inisiatif itu turut dilihat sebagai langkah berterusan dalam memperkukuh sektor keusahawanan komuniti di kawasan berkenaan.

TAMAT

Share This Article