SANDAKAN, 14 JUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila,Datuk Hazem Mubarak Tun Musa telah mengadakan lawatan turun padang ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Muhibbah, Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan bagi meninjau keadaan semasa sekolah serta menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh PPM Rahmat Iskandar bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).
Program ini mencerminkan keprihatinan wakil rakyat terbabit terhadap kebajikan warga sekolah serta komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Sungai Manila.
Dalam lawatan tersebut, beberapa keperluan serta cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan kemudahan pendidikan yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk para pelajar serta tenaga pengajar.
